Abak briyani dam
Labels: Perniagaan
Labels: Perniagaan
Labels: haji
Air katira di pak dalam botol
Korma berbagai jenis dari Madinah Al Munawwarah : Syafawi, Mabrum, Ajwah setiap 1 kotak ½ kilo.
Buah Kismis, Cranberry, Apricot, Pistachio, Figs (Zaitun)
Madu Asli Yemen berat mengikut botol ¼ kilo, ½ kilo, 1 kilo
Labels: Perniagaan
Labels: Sekadar Nasihat
Labels: Sekadar Nasihat
Labels: cari-cari mutiara
Oleh: put3
Syaquah
Sejak diistihar
Bersambung-kait nilai ilmu
Langit biru mengapa jerebu
Dian dinyala kenapa kelabu
Syaquah
Sejak diistihar
Makin semarak bahasa syurga
Wangimu kasturi sarat sekali
Alunmu merdu merindu malu
Syaquah
Sejak diistihar
Bersusun-tindeh alfateha
Usia seadanya alhamdulillah
Membolehkan putrid terus gigih
Memperbetul langkah terhalang
Mengutip nurani yang hamper hilang
Syaquah
Sejak diistihar
Bertali-arus bahasa sufi
Mendekatkan putrid kepada Kekasih
Berlumba amal makruf nahi mungkar
Bergegas istighfar menebus dosa
Bersungguh istiqamah menghimpun doa
Alangkah indah hidup ini
Atas redha Mu ya Ilaahi
Nikmat syukur paling besar
Nikmat apabila hidup putrid terpimpin
Sesudah Syaquah
Labels: puisi
Hadapkan dirimu, sujud pada Allah yang Esa
Allah menimbang segala amal maaruf nahi mungkar hambaNya yang bergelar makhluk
Lantas berzikir, bertasbih, bertakbir dan bertahmid memuji Allah azza wajal-la
Insaf akan segala noda hitam yang menyelaputi dirimu dalam perjalanan hidup selama ini
Justeru jangan sekali dinodai kesucian rukun kelima dan arkan yang lain
Allah bersama tangisan hambaNya setiap saat bagaikan gerakkan nadi-nadi
Hanya Allah menentukan maqam terakhir perjalanan hambaNya untuk bersama-sama kekasihNya
Labels: puisi
Labels: puisi
oleh: PialaZy
Kehidupan terasa gersang tanpa kehadiran mu
Hijaunya alamku bangkitnya generasiku
Jangan anda rusakkan lingkungan hidupku
Aku tak
Indahkah lingkungan itu tanpa kehadiran mu….
Labels: puisi
Sekeping warkah hati
Menjadi kaku
Memburu pada siang dan malam
Sekeping warkah hati
Merasa menjadi peri bila di tusuk duri
Memburu pada siang dan malam
Sekeping warkah hati
Menjadi gersang pabila dunia hampa
Dengan keadaan sekelilingnya
Labels: puisi
Oleh: helmi albajrai
Masyarakat
Kerana tiada kerosakkan akhlak dari nak muda
Berbahgialah segenap ummat
Insan beriman
Kau ibarat bunga di taman indah
Mekar kembang mu menjadi pujaan
Harum bau mu menjadi ciuman
Bertahta di atas dahan nan indah
Di pagari daun-daun menghijau
Seteru mu
Ia berusaha mengungguri mu
Terlantar ke bumi tiada sehelai daun menyelubungi mu
Layu terkulai tiada berharga
Labels: puisi
Hiasilah rohanimu secantik wajahmu
Betapa menarik dalam kesederhanaan
Lahir kecantikkan itu bukan dari rambut yang beranyam
Melainkan sifat yang baik pada batinnya
Itulah perhiasan yang tiada akan binasa
Perangai yang lemah lembut dan pendiam
Hati yang ikhlas terpelihara dari segala
Disitulah terpancar Piala Keagungan Hidup
Keturunan yang dapat mengerti Cinta Allah
Serta sanggup berkuburan membalas kasih tersebut.
Selendang suteramu itu
Wajahmu
Tundukkan kepala pandanganmu kebawah
Tanda seorang wanita pemalu
Itulah sifat Orang Beriman
Menjaga kehormatannya dari ternoda
Demi kerana Takutkan Allah
Sedarilah dikau
Keindahan sebuah rumah terletak di Tanganmu
Bunga pelita hatimu
Sinar semerlang istana Suamimu
Pabila kamu berdukacita…..senyumlah
Kerana senyumanmu mencerminkan
Peribadi yang indah
Tabahlah menempuh segala dugaan
Senyum
Bagaikan cahaya yang menerangi seluruh kamar
Sabar adalah Ubat yang terbaik untuk segala kesukaran
Kesabaran itu Pahit tetapi Buahnya Manis
Andai bumi ini penuh dengan Pendidikan Ibu
Tiada aka nada huru-hara
Dunia tidak akan bermuram durja
Alam maya tak kan pincang dan dukacita
Labels: puisi
Oleh: PialaZy
Tegak galak kau menglikari bumi wujud
Dimana saja………di Cianjur, Cibogo, Cibodas, Cipana kau masih tertawa
Di Sukabumi kau melebarkan dada dan bahu sombongmu
Itu membuat orang pusing……
Namun kemegahanmu diperalatkan
Sakit yang kau deritai tidak kau luahkan
Mengapa……dan mengapa……
Lingkaran istanamu di injak-injak
Pohon-pohon yang menjadi kekayaan orangDia malik negarabukan utusan tuhan
Dia ingin memuncak di keunggulan puncakmu
Memang kau di hina hingga saat ini
Memang galak namamu di hati orang
Tapi kau pengecut di pihak Malik
Sambutlah salam kemarahanmu Salak
Wahai Salam kau keunggulan
Biar namamu di tinta emas dalam sejarah
Wahai Salak kau tetap di abadi
Disanjung sebagai nadi keunggulan
Labels: puisi
Oleh: PialaZy
Gerhana indah yang ku harapkan talah hilang entah kemana,
Pilu sungguh dirasa hanya mendung pandangan yang tiada ku ingini
Meliputi pandanganku…….
Akhirnya aku tersungkur menelukup kebumi
Rasa sukar untuk ku bangkit
Zahir ku senyum, tertawa bergurau senda, gembira pandangan mata
Isi hatiku hanya Allah yang mengetahui dan aku yang merasakan
Rupanya minyak yang ku tatang, tumpah akhirnya
Onak-onak ranjau berduri menyiksa setiap langkah kakiku
Hendak ku teruskan perjalanan berat terasa
Apabila jalan ku terusi, terpandang wajahmu menanti
Nun di
Tapi sayang, impianku serupa dengan gerhana yang tak kelihatan itu
Labels: puisi
Oleh: Ahmad Karim – Cimahi,
Hai insan yang beriman
Tengoklah hari yang akan datang
Kerana waktu menuruti mu
Tapi… ingatlah bahawa manusia akan datang
Untuk mendapatkan Rahmat Mu
Ya Istighfar kau menyejuk hatiku
Dikala aku sedang resah
Kerana Engkaulah
Aku datang ke Istighfaran Mu
Amien…yaa rabbal ‘aalamien
Labels: puisi
Labels: Perniagaan
Labels: Sekadar Nasihat
Doa ini dibaca selepas solat Maghrib dan Subuh. Memohon diselamatkan dari berbagai penyakit bahaya, mati terbakar, digigit ular, diperkosa, mati mendadak, mati su-ul khatimah serta diberikan hidup tenang dan aman
أَللَّهُمَّ إِنِّيْ وَأَهْلِيْ وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَإِخْوَانِيْ وَمَالِيْ> أَصْبَحْنَا وَأَمْسَيْنَا (صُبْحٌ) / أَمْسَيْنَا وَأَصْبَحْنَا (مَغْرِبٌ) وَدِيْعَةً عِنْدَكَ يَامَنْ لاَ يُضَيِّعُ وَدَائِعَةً إِحْفَظْنِيْ وَأَهْلِيْ وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَإِخْوَانِيْ وَماَلِِيْ.
أَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ وَإِيَّاهُمْ مِنَ الأَمْرَاضِ وَالأَوْجَاعِ وَالأَسْقَامِ وَالآ لاَمِ وَالآفآتِ وَالْعَاهَاتِ وَالْبَلِيَّاتِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ.
أَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ أَنْ أَمُوْتَ أَوْ أَحَدٌ قَتِيْلاً أَوْ لَدِيْغًا أَوْ حَرِيْقًا أَوْ غَرِيْقًا أَوْ مُوْبِقًا أَوْ عَلَى فَجْأَةً أَوْ عَلَى غِرَّةً.
أَللَّهُمَّ أَحْيِنَا وَ إِيَّاُهُمْ حَيَاةً طَيِّبَةً. وَإِذَا تَوَفَّـيْتَنَا فَـتَوَفَّنَا وَأَنْتَ رَاضٍ عَنَّا وَاحْجُبْنَا عَمَّا يُـؤْذِيْـنَا.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُالِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA MAGHRIB DAN SUBUH
Doa ini dibaca selepas solat Maghrib dan Subuh. Memohon diselamatkan dari berbagai penyakit bahaya, mati terbakar, digigit ular, diperkosa, mati mendadak, mati su-ul khatimah serta diberikan hidup tenang dan aman
Allah-hum-ma sal-li wasal-lim ‘alaa Saiy-yidinaa Muhammadin wa ‘alaa aaali Saiy-yidinaa Muhammadun, miftaahi baabi rahmatillahi ‘adada maa fii ‘ilmillahi, solaatan wa salaaman daa-imaini bidawaami mulqillahi.
Allah-hum-ma in-nii wa ahlii wa walidaiyah wa awlaadii wa ikhwaanii wa maalii > asbahnaa wa amsainaa (Subuh) / amsainaa wa asbahnaa (Maghrib) wa dii’atan ‘indaka yaa man laa yudaiyyi’u wa daa-i’atan ihfadznii wa ahlii wa walidaiyah wa awlaadi wa ikhwaanii wa maalii.
Allah-hum-ma in-nii a’uudzubika wa iy-yaahum minal amraadhi wal aw jaa’i wal asqaami wa aaalaami wal aaafaaati wal ‘aahaati wal baliy-yaati fid dunyaa wal aaakhirati.
Allah-hum-ma ahyinaa wa iy-yaahum hayaatan taiy-yibatan. Wa idzaa tawaf-faitanaa fatawaf-fanaa wa anta raadhin ‘an-naa wahjubnaa ‘am-maa yu’dziinaa.
Wasallallaahu ‘alaa Saiy-yidinaa Muhammadin wa ‘alaa aaalihi wasahbihi wasal-lam. Wal hamdulillahi rab-bil ‘aalamiina.
Labels: tazkirah
HALIJAH TRAVEL PTE LTD
Jadual Kursus Haji 1429H / 2008M
Masjid Al-Istighfar (Pasir Ris) – Setiap Ahad
FASAL 1 – 30 Mach 2008 / 22 Rabiul Awal 1429
Sejarah, Pengertian Haji dan Hukum-Hukum Haji ms 12-24.
FASAL 2 – 30 Mach 2008 / 22 Rabiul Awal 1429
Hikmat Dan Fadilat Haji, Persiapan Haji, Adab-Adab Pelayaran. ms 30-39
FASAL 3 – 06 April 2008 / 29 Rabiul Awal 1429
Teman Dan Bekalan Dalam Pelayaran, Solat Safar. ms 45-48
FASAL 4 – 06 April 2008 / 29 Rabiul Awal 1429
Adab Masuk Ke Negeri Baru, Ibadat Dan Rukun Haji, dan Ihram. ms 52-58
FASAL 5 – 27 April 2008 / 20 Rabiul Akhir 1429
Solat Dan Jenis-Jenis Ihram, Niat Ihram Dan Ihram Dari Miqat. ms 59-67
FASAL 6 – 27 April 2008 / 20 Rabiul Akhir 1429
Larangan Dalam Ihram, Cara Mengerjakan Jenis Haji. ms 67-76
FASAL 7 – 04 Mei 2008 / 27 Rabiul Akhir 1429
Wuquf, Doa serta Amalan ketika berwuquf di Arafah. ms 77-82
FASAL 8 – 04 Mei 2008 / 27 Rabiul Akhir 1429
Pengertian, Hukum, Kelebihan, Niat-Niat Tawaf Dan Cara -Cara Mengerjakan Tawaf.
ms 88-93
FASAL 9 – 11 Mei 2008 / 05 Jamadil Awal 1429
Syarat, Sunnat, Makruh, Lafaz Dan Doa Tawaf. Fadilat Dan Cara Ketika Minum Air Zamzam. ms 94-119
FASAL 10 – 11 Mei 2008 / 05 Jamadil Awal 1429
Pengertian, Hukum, Syarat-Syarat, Sunnat-Sunnat, Lafaz-Lafaz, Doa Dan Cara Mengerjakan Sa’ie Serta Tahallul ms 122-145
FASAL 11 – 25 Mei 2008 / 19 Jamadil Awal 1429
Tertib Pada Kebanyakan Rukun, Wajib Haji, Bermalam di Muzdalifah, Melontar Jamrah, Bermalam Dimina, Tawaf Wada’. ms 150-165
FASAL 12 – 25 Mei 2008 / 19 Jamadil Awal 1429
Dam Dan Cara-Cara Membayar. ms 171-178
FASAL 13 – 01 Jun 2008 / 26 Jamadil Awal 1429
Solat Jenazah Dan Cara-Cara Mengerjakannya. ms 178-181
FASAL 14 – 01 Jun 2008 / 26 Jamadil Awal 1429
Sujud Tilawah, Doa Qunut Ringkas, Sujud Sahwi, Sujud Syukur. ms 182-183
FASAL 15 – 08 Jun 2008 / 04 Jamadil Akhir 1429
Umrah, Rukun-Rukun, Niat Ihram, Niat Tawaf Umrah, Sa’ie Umrah Dan Wajib-Wajib Umrah. ms 184 - 187
FASAL 16 – 08 Jun 2008 / 04 Jamadil Akhir 1429
Masjid Nabawi Dan Ziarah Maqam Rasulullah. ms 191-206
FASAL 17 – 15 Jun 2008 / 11 Jamadil Akhir 1429
Masaalah Wanita Dalam Ibadah Dan Berjenis Solat-Solat Sunnat
FASAL 18 – 15 Jun 2008 / 11 Jamadil Akhir 1429
Solat – Wajib Dan Sunnatnya Serta
FASAL 19 – 15 Jun 2008 / 11 Jamadil Akhir 1429
Fardhu ‘Ain
22 Jun 2008 / 18 Jamadil Akhir 1429
Perjalananan Haji Program 1
29 Jun 2008 / 25 Jamadil Akhir 1429
Ulangkaji Manasik Haji Program 1, 2 Dan 2A
23 Ogos 2008 / 21 Syaaban 1429 (Sabtu) Ambil Barang / Suntikan / Gambar
07 Sept 2008 / 07 Ramadhan 1429 (Ahad) KURSUS INSENTIF
11 Okt 2008 / 11 Syawal 1429 (Sabtu) PRAKTIKAL HAJI (Pasir Gudang)
02 Nov 2008 / 04 Z’kaedah 1429 (Ahad) TAKLIMAT HAJI (H1 Dan H2)
23 Nov 2008 / 22 Z’kaedah 1429 (Ahad) TAKLIMAT HAJI (H3)
20 April 2008 – Kelas Tutup (Acara Maulud Selama Dua Hari 19 & 20 Apr 08)
18 Mei 2008 – Kelas Tutup (Hari Wisak)
Labels: haji
MENUJU KE JALAN ALLAH
Kita hendaklah sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita sehingga dengan berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat mencari penentuan hidup yang diredhai Allah. Kita juga harus bersyukur kerana kita telah dan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Insya-Allah.
Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal kita seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.
PENGGUNAAN HARTA
Menunaikan fardhu haji diwajibkan kepada mereka yang berkuasa sampai kepada-Nya, yakni mereka yang mempunyai kemampuan dalam semua aspek, khasnya kemampuan perbelanjaan di mana aspek tersebut jika digunakan bagi tujuan menyampaikan diri ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji adalah menepati kehendak kegunaan harta yang sebaik-baiknya.
IBADAH HAJI BEKALAN UNTUK AKHIRAT
Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini. Sesungguhnya mereka sanggup berkorban harta benda, wang dan jiwa raga untuk memperhambakan diri dengan sebenar-benarnya kepada Allah, mereka tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk dan hidayah serta ketinggian martabat iman di sisi Allah.
PENGORBANAN HAJI
Setiap ibadat yang sempurna memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, masa, wang dan perasaan yang perlu dicurahkan. Ibadat haji khususnya bukan sahaja mengorbankan tenaga, masa dan perbelanjaan yang banyak yang dikumpulkan bertahun-tahun, bahkan ia berkehendakkan seseorang itu menanggung perpisahan dengan keluarga, sanak saudara, sahabat handai, harta kekayaan dan kampung halaman serta menahan kemahuan-kemahuan nafsu semasa dalam ihram.
Ia juga merupakan satu pengorbanan yang luarbiasa dari kelaziman menunaikan ibadt-ibadat lain dalam hidup kita sepanjang tahun, umpamanya sembahyang lima waktu boleh dilakukan dalam rumah sendiri, di bilik berkipas atau berhawa dingin, begitu juga puasa boleh berbaring-baring malah tidur pun boleh di bilik yang selesa dengan tidak perlu keluar rumah.
Ibadat haji tidak memungkinkan seseorang itu mencapai kehendak ibadatnya dengan begitu mudah, kita perlu menghadirkan diri kita ke Tanah Suci dengan keadaan yang luar dari kebiasaan. Dalam ertikata lain, kita mesti keluar dari kelaziman dan kesenangan yang diterima selama ini, di mana keadaan di Tanah Suci tidak memberi peluang untuk kita menikmati keselesaan seperti di negara sendiri. Kita terpaksa berkhemah di Arafah dan Mina dengan pakaian putih di atas
"Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban. Dengan yang demikian makanlah darinya (daging qurban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu)".
Dalam ayat tersebut Allah memerintahkan supaya haji itu hendaklah disempurnakan sekalipun dengan berjalan kaki atau berkenderaan menunggang unta yang kurus dengan sebab jauhnya berjalan.
Setiap perintah ada balasannya, balasan bagi haji ada dinyatakan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Di antara hadisnya dari Abu Hurairah, maksudnya:
"Barangsiapa menunaikan haji ke Baitullah, sedangkan ia tiada melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang dilarang, maka bersihlah ia dari dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya".
MANFAAT HAJI
Di antara manfaat-manfaat haji yang dapat disaksikan oleh tetamu Al-Rahman melalui haji ialah:
1. Dapat berada di Tanah Suci Makkah yang merupakan semulia-mulia bumi tempat lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
2. Dapat beribadat di Masjidil Haram di hadapan Baitullahil Haram di mana pahalanya menyamai atau melebihi sembahyang seratus ribu sembahyang di masjid lain.
3. Dapat melihat dan memandang Kaabah (Baitullahil Haram), kiblat seluruh umat Islam dalam sembahyang di mana memandang Kaabah sahaja akan mendapat 20 rahmat, jika bersembahyang kepada-Nya akan mendapat 40 rahmat dan jika melakukan tawaf akan mendapat 60 rahmat.
4. Dapat berada di tempat-tempat yang paling mustajab berdoa sepeti di Multazam, di Hijir Ismail, di Telaga Zam-Zam di mana airnya menjadi penawar kepada segala penyakit dan menjadi sepertimana diniatkan.
5. Dapat menjadi tetamu Allah atau tetamu Al-Rahman yang akan diperkenankan segala permohonan dan diampunkan jika memohon keampunan.
6. Akan mendapat peluang balasan syurga Jannatunnaim jika dapat menghasilkan haji yang mabrur.
Dengan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan jelaslah bahawa nilai haji itu bukan boleh diukur dengan wang ringgit atau apa-apa nilai di dunia ini tetapi adalah harga bagi sifat keimanan dan ketakwaan yang menjadi hikmah di sisi Allah.
SIFAT-SIFAT KEIMANAN
Di antara tuntutan sifat-sifat keimanan yang dikehendaki di sebalik ibadat haji ialah:
1. Kesabaran menghadapi ujian.
2. Pengorbanan harta, masa dan perasaan.
3. Penanaman sifat bergantung kepada Allah semata-mata di mana kebiasaannya keluarga, sanak saudara, harta benda akan terpisah sebagai gambaran bahawa apabila berada di alam Barzakh atau Padang Mahsyar nanti bergantung kepada rahmat Allah setelah berpisah dengan harta benda dan segala kesayangannya.
MENGHAYATI FALSAFAH HAJI
Sebaik cara supaya pemergian kita ke Tanah Suci berhasil dengan kejayaan yang diredhai Allah ialah dengan menghayati segala falsafah dan rahsia yang terkandung di dalam ibadat haji itu sendiri yang bermula dengan menghidupkan roh haji itu di hati sanubari sebelum kita bertolak ke Tanah Suci, mulakan azam melatih diri awal-awal lagi memahami kehendak haji, walaupun kita belum sampai ke Tanah Suci, namun kita seharusnya telah memulakan persiapan dengan mengorak langkah mengkaji diri kita sendiri. Jangan letakkan diri kita menunggu perubahan setelah sampai ke Tanah Suci atau selepas selesai mengerjakan haji, tetapi sebaliknya kita
SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN TERCELA
Segala usaha yang dilakukan dalam proses menunaikan yang diniatkan dengan ikhlas dan dilaksanakan dengan sempurna sudah tentu Insya-Allah akan menghasilkan haji yang diterima Allah. Dan biasanya seseorang yang telah menjalani pengalaman mengerjakan haji dan mengambil segala manfaatnya, tidak kira sama adaa orang awam atau pemimpin akan melakukan perubahan positif dalam setiap gerak-gerinya, dalam percakapan, pemikiran, daya usaha, pergaulan, pakaian dan seluruh muamalatnya atau dengan lain perkataan, mereka yang mendapat manfaat dari haji itu akan mengamalkan sifat-sifat terpuji, sifat terpuji (Al-Mahmudah) dan meninggalkan sifat-sifat yang tercela (Sifat Mazmumah) dan akan menjadi individu atau pemimpin yang baik dan kesan inilah yang perlu dihasilkan oleh setiap muslim yang memunaikan haji, jika tidak, maka itu bermakna seseorang itu tidak mencapai apa-apa matlamat dan manfaat dari ibadat haji.
MEMAHAMI HAKIKAT PEKERJAAN HAJI
Berbahagia dan berjayalah mereka yang dapat mencapai dan memahami hakikat pekerjaan haji iaitu melaksanakan dan menghayati kehendak-kehendak haji dengan keimanan, kesabaran dan penuh harapan kepada rahmat Allah.
MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAT
Di Tanah Suci, ambillah peluang membuat amal ibadat sebanyak-banyaknya, jangan membuang masa di kedai-kedai atau pasar-pasar atau berjalan-jalan yang tidak menguntungkan. Di
Apabila kita telah memahami keadaan yang akan berlaku, maka bersedialah menghadapinya, kerana tiap-tiap sesuatu yang berlaku mempunyai makna dan hikmahnya di atas kehendak Allah sebagai ujian dan dari ujian itu haruslah direnungkan rahmat Allah dan mungkin ia merupakan tanda-tanda makbulnya doa hambanya dan mendapat keampunan. Mungkin juga itu menandakan kasih sayang Allah kepada kita untuk menerima balasan di dunia dan terselamat di akhirat kelak.
Kita hendaklah berpegang teguh dengan ketetapan hukum Allah di mana sahaja kita berada, kita hendaklah percaya dan rela menerima ketentuan qada dan qadar yang sudah pasti ditetapkan oleh Allah yang Maha Berkuasa dan membuang perasaan tidak puas hati. Perasaan marah terhadap kesusahan yang kita tempuhi boleh diertikan sebagai kita tidak berpuashati dengan qada dan qadar serta mencabar kuasa Allah. Ia juga merupakan satu tindakan yang hanya akan mendedahkan rahsia diri sendiri sebagai orang yang mempunyai dosa yang banyak dan ditimpa kesengsaraan di Tanah Suci.
Labels: haji