alghazi الغازى: Kurafat Di Tanah Air Sebelum Ke Tanah Suci Dan Kurafat Di Tanah Suci

Friday, March 21, 2008

Kurafat Di Tanah Air Sebelum Ke Tanah Suci Dan Kurafat Di Tanah Suci

KURAFAT DI TANAH AIR SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI

  • Tidak boleh memijak bendul rumah, kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.
  • Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh pandang kembali melihat rumah, kalau dipandang pekerjaan hajinya tidak sempurna, kerana hatinya teringat-ingat ke rumah.
  • Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai.
  • Setelah balik nanti mesti berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut sebagai ibadah haji. Barulah haji itu berkat dan melekat di hati. Kalau melanggar sia-sialah haji.

KURAFAT DI TANAH SUCI

  • Mesti mencari tiang jin di dalam Masjidil Haram, peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
  • Boleh menghadap toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang jin tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.
  • Jin yang dibawa balik dari Makkah adalah jin yang baik.
  • Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapatkan jodoh dan memurahkan rezeki.
  • Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik dengan tujuan jika dicampak ke dalam kolam ikan maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman maka buah-buah akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai maka akan laris.
  • Mencuri tali-tali khemah di padang Arafah untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelaris untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.
  • Membawa balik tanah Arafah untuk upacara memijak tanah, buat pertama kali bagi bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.
  • Tidak boleh melihat cermin semasa dalam ihram. Jika dilihat muka akan menjaadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.
  • Menyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.
  • Mengetuk pintu Masjid dan gelang kuncinya di kawasan sai’e sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuat rezekinya tertutup buat selama-lamanya.
  • Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikapankan dengan kain itu bagi menghindari diri dari siksaan kubur.
  • Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kapan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di Makkah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kapan dengannya. Mungkar Nangkir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut
  • Kalau berlaku hujan maka mandilah di bawah curahan air dari pancuran emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.
  • Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan sekiranya ada orang yang menawarkannya maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjadikan masuk syurga.
  • Mandi bertelanjang di telaga Jakranah boleh memikat suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang belum bersuami. Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam Asia Tenggara.

Labels: